TIPS

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MUDAH

YANG BAGI TIPS NI DAH KURUS BETUL KE? The answer is HELL NO! Hahaha 🀣 I’m not that kurus tapi Alhamdulillah I dah turun ~10kg in total if nak compared to previous years (kira dari 2016). Dulu takde la gemuk sangat, mungkin kategori berisi sikit tapi bukan obesity, overweight maybe. Berat start naik mendadak masa hujung tahun 2015, and in 2016 berat sampai cecah 68kg gila tak gila punya berat time tu 😭 Masa tu memang berazam nak kurus (as usual) tapi no effort πŸ˜ͺ

Punca utama berat naik mendadak in 2016:

  • Everyday minum air manis
  • Eat fast food (Mcd, KFC) 2 or 3 times per week
  • No workout at all
  • Makan nasi dalam kuantiti yang banyak (tak ingat dunia) and selalu makan lewat malam

I dah la pendek (154cm only) so kalau berat sampai 68kg tu dah macam gaya mak orang dah. BMI pon masa tu 28.8 which is dah masuk category overweight. So in 2017 memang I berazam untuk turunkan berat badan jugak tapi turun sikit sangat (I tak ingat berapa) tapi still nampak beza la dari 2016, lagi-lagi part double chin haha. So here’s the pictures!

2016 was a nightmare for me. Berat 68kg tapi tak sedar diri Lol. 2017 dengan 2018 tu nampak macam tak ada beza sangat tapi berat beza jugak la sebenarnya hehe.

So let me share some tips untuk turunkan berat. Tapi cara ni maybe slow sikit tapi tak kisah la, asalkan ada progress kan?

1. Kurangkan minum air manis

I dulu memang disiplin jugak la bab ni, seminggu sekali je minum air manis. tapi kalau nak effect lagi cepat, cut terus sugar from your diet routine confirm cepat gila turun.

2. Kurangkan Fast Food

Bab ni yang I rasa paling obvious. Dulu kalau boleh hari-hari fast food sebab senang and malas nak masak. Masa nak betul-betul turunkan berat dulu, memang sebulan sekali je makan fast food. Benda ni memang kena disiplin la kalau tak, takkan menjadi. Tapi lagi bagus if korang boleh cut terus fast food ni sebab process food bukan nya elok (but ayam goreng Mcd is BAE Lol).

3. Workout

Tbh, masa semangat gila-gila nak kurus sebab nak kahwin awal tahun 2018, memang rajin sangat workout. Seminggu maybe dalam 3 to 4 times I akan workout. Masa tu yang I selalu buat is workout dekat rumah tengok youtube (workout for abs, leg, arm etc.) sebab tak berapa suka sangat joging tapi sekali sekala joging jugak la, my husband (masa tu masih bf/tunang lagi) rajin teman kan. And once in a while, I akan masuk gym with my personal coach yang garang (my husband) πŸ˜‚. Sekarang ni still workout tapi maybe seminggu sekali je Hehehehe.

4. Nasi

I tak makan nasi ke? Jawapannya mesti la makan! Nasi is my forever BAE haha. Tapi I’ve changed my diet from white rice to brown rice. I rasa brown rice ni seriously banyak membantu turunkan berat badan and buat tak naik berat mendadak even you makan banyak macam mana pon.

Tak kisah la you nak makan brown rice brand apa pon tapi for me brand ni okay je tak pelik pon rasa beras tu hehe.

5. Intermittent Fasting (IF)

Apa itu Intermittent fasting? Sebenarnya bukan la puasa pon, IF ni just strategy pemakanan je, lagi-lagi untuk yang masih nak makan nasi dalam diet seharian. IF ni cara dia is, kita restrict kan amount of time bila je kita boleh makan, automatically akan menjadikan intake of calories kita kurang. IF terbahagi kepada 2 bahagian; Fasting and Feeding.

Dalam bahagian Fasting, you guys boleh consume anything yang zero calorie (air, black coffee, tea etc.) strictly without sugar. Beverages only, no food are allowed during fasting session. Untuk Feeding pulak, you boleh makan apa yang you selalu makan macam biasa je (tapi jangan lah sampai makan tak ingat dunia pulakπŸ˜‚.

Okay, sehari ada 24hours kan, so kita bahagikan fasting for 16hours and Feeding for 8hours. Or fasting 14hours and feeding for 10hours. Kalau yang I selalu buat, if makan malam last at 9pm, so keesokan hari I akan makan pukul 1pm. So kalau you dinner lambat, esok tu makan lagi lambat la. It’s all depends on you, Ikut mana yag korang selesa. I pon baru 3 minggu guna IF ni so tak tau sejauh mana keberkesanannya tapi tengok review orang yang dah guna teknik IF ni, mostly memang menjadi.

So let’s give it a try, mana tau boleh kurus denagn mudah hehe.

Setakat itu sahaja la tips yang I boleh bagi. Tbh, I sendiri pon tak kurus lagi, tapi my latest BMI is 24.4 (last check November 2018), berat taknak bagitau kira sendiri hahaha πŸ˜‹ Still long way to go, lagi 5kg nak dapatkan berat idaman. Let’s pray for the best. Jom kurus 2019!

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *