RANDOM POSTS,  RECIPE

RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP

I tak pandai baking, tapi if buat kek batik, inshaAllah comfirm jadi. So today I nak share resepi kek batik mudah dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan pon simple gila. Jom kita start!

RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP

So ini je lah bahan-bahan yang I selalu guna untuk buat kek batik:-

  • 1 paket biskut Marie
  • Seketul butter (other brand boleh jugak, tapi I rasa unsalted butter lagi sedap)
  • 1 paket Milo yang paling kecil
  • Susu pekat manis (tak guna semua pon, ikut level kemanisan korang)
  • Cocoa powder (ni pon guna dalam 2 or 3 sudu je. P/S: Van Houten paling sedap!)

Cara-cara nya:-

  1. Pecah-pecahkan biskut marie. Letak tepi dulu.
  2. Ambil butter, masukkan dalam kuali and tunggu sampai cair. I guna sebuku butter tu! Nak guna separuh pon okay jugak 🙂
  3. Masukkan satu paket milo and also 2 or 3 sudu serbuk koko ke dalam butter yang dah cair dalam kuali tadi, and kacau sebati. Make sure tak berketul! (Tips untuk tak bagi berketul, serbuk koko and milo tu, kacau dulu di luar kuali guna sedikit air panas, dah tak berketul sangat baru masukkan dalam kuali yang ada butter cair tadi)
  4. Masukkan dalam 3-4 sudu susu cair. (If you nak manis lagi, tambah la banyak lagi. Kalau taknak letak langsung pon okay jugak)
  5. Bila nampak semua dah sebati, ambil biskut marie yang dah dipecah-pecahkan tadi, gaul sekali dengan semua benda dalam kuali.
  6. Masukkan dalam bekas/loyang. penyek-penyekkan dia supaya jadi mampat, then bagi dia sejuk dulu. Dah kurang panas, masukkan dalam peti ais.

AND IT’S DONEEEEEEEEEEE!

RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP
Ini lah result nya. Ni pecah-pecahkan biskut nak cepat sangat ni so macam besar-besar pulak haha

Gambar yang dah potong lupa nak ambil sebab enjoy sangat makan benda sedap 😆

RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP
This one tambah chocolate chips and chocolate lebih supaya jd ala-ala moist choc cake tu Lol.
RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP
For my husband’s birthday last year.

So that’s all yang I nak share about this resepi kek batik mudah dan sedap. Simple sangat kan? Lepas baca ni, terus pergi beli barang and buat okay 😋

Thanks for reading! TTYL. Leave me your comments or any inquiries on the comment section below. I’ll reply A.S.A.P. Thank you!

With Love, 
Sya ðŸ’‹

Please follow and like us:
error

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *