PLACES,  TRAVEL

ITINERARY BAJET RENDAH HONEYMOON DI MALDIVES

Siapa je yang taknak bercuti dekat pulau-pulau yang cantik macam Maldives, Bora-Bora, Boracay, Kho Phi Phi etc. kan? Most of us akan pasang niat “Nanti kalau aku dah kaya aku nak pergi Maldives la!” But TRUST ME, Maldives ni bukan hanya untuk orang kaya je, tapi sekarang ni semua orang pon boleh holiday dekat Maldives okay ! Straight to the point, I’ll tell you guys macam mana nak holiday/honeymoon di Maldives selama 5 hari 4 malam dengan bajet YG SANGAT RENDAH. Kebetulan masa ni (April) 1USD = RM3.88 so rasa macam takde la mahal sangat masa nak tukar duit tu *lucky us*

Okay, ceritanya bermula bila my husband and I tengah plan kat mana destinasi yang sesuai untuk kami honeymoon. At first, takde pula terfikir nak ke pulau sebab masa tu I macam nak sangat ke Korea. Tapi disebabkan my husband pon dah ulang alik Korea for 6 years, of course la dia taknak :’) Masa my husband check tiket dekat laman web Airasia, tiba-tiba nampak ada promo tiket ke Maldives. RM1000 return tix/2 pax kira murah sangat dah tu. (You guys can check tix murah dekat Airpaz too! Airpaz will do the comparison, nampak je the cheapest grab terus okay!) So tanpa melengahkan waktu I pon terus beli tiket tanpa segan silunya. Perasaan teringin sangat nak ke Maldives tu memang ada, cuma takut je untuk pergi Maldives sebab dah ada mind set Maldives ni tempat orang kaya je LOL.

Sedikit sebanyak cerita tentang Maldives ni. Kalau semua nak tau, Maldives ni terletak di Lautan Hindi. Maldives terdiri daripada 1192 kepulauan kecil, tetapi hanya 200 pulau sahaja yang didiami manusia, selebihnya masih tidak berpenghuni. Maldives ni negara Islam so tak pelik la kalau dekat public island or beach dekat sana, tak bagi foreigner berbikini semasa mandi di pantai. Kalau dekat private island yes, boleh berbikini. Matawang yang digunakan ialah Maldivian Rufiyaa (MVR) dan bahasa kebangsaan mereka ialah Dhivehi. Tapi jangan risau, hampir kesemua Maldivian ni fasih berbahasa Inggeris, so tak ada langsung masalah komunikasi di sana.

Male ni capital Maldives. Kalau korang nak stay di Male pon boleh je, tapi kalau nak try ke kepulauan lain yang murah, tak semahal private island (yang harga bilik satu malam yang paling murah pon lebih RM1500), korang boleh la ke Maafushi Island 😀 Maafushi Island ni kalau korang pusing jalan kaki satu pulau pon boleh. Pulau Maafushi ni macam perkampungan la, ada sekolah, ada rumah-rumah orang, ada kedai runcit tapi kemudahan semua lengkap. Dekat Maafushi ni jugak ada aktiviti laut yang boleh dibuat macam snorkelling, jetski, parasailing. 

​​Okay pesanan ringkas untuk semua, make sure tukar duit dekat Malaysia (MYR to USD) sebab dekat Maldives duit Malaysia tak diterima so bajet la betul-betul perbelanjaan anda supaya mudah nanti. Matawang Maldives tak ada di Malaysia so boleh tukar di airport Maldives je. 1USD = 15 Rufiyaa. Tanpa membebel panjang, I akan share itinerary sepanjang 5 hari 4 malam di Maldives.

DAY 1 (3 April 2018)

  1. KL-Male return flight tix RM500/pax pada 0830. Beli time promo Air Asia awal tahun ni.
  2. Sampai di Velana International Airport jam 0940 waktu Maldives (Maldives lewat 3 jam dari waktu Malaysia). Tukar 60USD (900 Rufiyaa) untuk perbelanjaan di kedai runcit tempatan. Beli simcard Dhiraguu 30USD/2simcards.
  3. Speedboat to Maafushi Island 25USD/pax dan mengambil masa kira-kira 30 minit.
  4. Hotel di Maafushi Island kami dah booked through Agoda.com (bayar masa check-in). Hotel pilihan ialah Beachwood Hotel and Spa Maafushi 405USD/3 nights. Pemilik hotel ni sangat ramah (Filipino), memang recommended la hotel ni, (click link untuk tengok hotel ni! 🙂 Bilik yang kami ambil quite pricey sebab kami ambik Honeymoon Suit with Jacuzi 🙂 
  5. Petang tu aktiviti bebas, jalan-jalan sekeliling Maafushi Island with my husband sambil survey aktiviti yang boleh kami lakukan di sana. Kami ambil pakej excursion from Crystal Sand Hotel 105USD/pax. Pakej including Snorkeling for two days at different points (nemo, stingray, shark, turtle point) Night fishing, Sandbank visiting, dinner lepas night fishing, and also lunch for 2 days. (boleh dapat lagi murah sebenarnya, kena pandai cari je 🙁 but this package was not that bad sebab all the Maafushi guys were very nice so tutup mata je la :p)
  6. 2000 hours kami naik bot untuk aktiviti pertama which was Night Fishing. (dinner malam tu kami makan ikan-ikan yang kami tangkap tu je, dimasak oleh chef hotel crystal sand).

Nota Tambahan:

  • Di Maldives banyak urusniaga yang menggunakan matawang USD so tak perlu tukar banyak-banyak pon duit ke matawang Rufiyaa, 60USD yang tukar tu pon tak habis guna :’) Simpan resit, kalau ada baki boleh ditukar sebelum balik Malaysia.
  • Jika nak cut cost transport ke Maafushi Island, boleh jugak naik public ferry hanya 2USD/pax. Saya sertakan sekali jadual ferry ke Maafushi. (HARI JUMAAT MEMANG TAKDE FERRY YA HARAP MAKLUM!)

DAY 2 (4 April 2018)

  1. 0800 free breakfast provided by our hotel. 
  2. 0900 hours naik bot untuk aktiviti snorkeling (stingray and shark point)
  3. Dalam jam 1300 kami ke Sandbank (pulau yang terbentuk dari pasir) untuk lunch dan lepak berehat di sana. 
  4. Jam 1400 bertolak pulang ke Maafushi Island. 
  5. Jam 1500 tiba di Maafushi, aktiviti bebas.
  6. Malam tu jalan-jalan sahaja di Maafushi sambil shopping di kedai-kedai runcit Maafushi :’) For dinner kami makan roti with tuna and also maggi yang kami bawa dari Malaysia. #tipsjimat

Nota Tambahan:

  • Kedai runcit di Maafushi buka sampai 2200 hours macam tu. Tapi kadang-kadang tu ada yang tutup awal, ada jugak yang tak bukak langsung. Tapi inshaAllah akan ada jugak yang bukak so don’t worry hehe.
  • Memang most of the hotel provide breakfast so tak payah la susah-susah nak fikir nak makan apa hehe.

DAY 3 (5 April 2018)

  1. Jam 0800 free breakfast provided by our hotel.
  2. Jam 0900 naik bot untuk snorkeling di nemo and turtle point pulak. 
  3. At 1330 hours, pergi ke Sandbank lagi untuk lunch dan bersantai. 
  4. Jam 1415 melawat ke Pulau Guraidhoo, pusing-pusing pulau sambil tour guide explain pasal pulau tu. 
  5. Jam 1630 bertolak pulang ke Maafushi. 
  6. Dinner sendiri, makan bekalanan yang bawa dari Malaysia je.

Nota Tambahan:

  • Orang-orang di Maldives sangat fasih cakap English so tak ada langsung masalah komunikasi di Maldives. 
  • Tak payah la beli keychain or sourvenir from Guraidhoo Island tu, cekik darah, ada sorang african ni siap gaduh dengan tokey kedai sourvenir tu sebab harga mahal. Dekat airport dia lagi murah 🙁 #tipahtertipu

DAY 4 (6 April 2018)

  1. Jam 0800 breakfast macam biasa. (last day in Maafushi Island)
  2. Jam 1130 check out. Jam 1200 naik speedboat ke terminal airport. 
  3. Jam 1300, van dari Lonuveli Hotel, Hulhumale datang pick-up (free airport transfer). Lonuveli ni hotel baru and bilik dia sangat selesa (click link untuk tengok bilik-bilik yang ada) and semua staff ramah-ramah belaka, so sangat recommended!) Selesai urusan check in hotel, we go jalan-jalan sekitar bandar Hulhumale, Hulhumale Central Park dan makan-makan di kawasan sekitarnya :D. 

Nota Tambahan:

  • Kitorang balik awal from Maafushi sebab flight to KL, 7 April pada jam 1100, so takut lambat we decided to stay hotel berdekatan sahaja. 
  • Velana International Airport terletak di Male. Hulhumale ni dalam 3km dari Male 🙂
  • Kitorang tak dapat pon melawat ke muzium etc. di Male sebab hari Jumaat kebanyakan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi tutup 🙁 Jadi, plan your time elok-elok naa. 

DAY 5 (7 April 2018)

  1. Jam 0700, kitorang dah siap-siap kemas barang dan turun ke lobby untuk breakfast. (provided by hotel)
  2. Jam 0815 check-out, free transfer to airport by the hotel too.
  3. Lepak sahaja di airport, flight at 1100 hours.

Nota Tambahan:

  • Duit Maldives yang dah tukar 900 Rufiyaa tu ada lebih, so decided untuk bagi je la kepada staff hotel tu. So kalau korang nak tukar duit tu tak payah tukar banyak sangat. 50USD pon mungkin dah lebih dari cukup.

Jom kita buat summary total perbelanjaan kitorang di Maldives:-
1. 60USD – Tukar duit ke Rufiyaa (900MVR) 
2. 30USD – 2 simcards (Dhiraguu)
3. 100USD -2 pax speed boat return tix Male-Maafushi (Boleh jimat naik ferry 8USD/2pax return tix)
4. 405USD – Beachwood Hotel and Spa Maafushi (HONEYMOON SUITE) termasuk tax untuk 4 hari 3 malam, booked through Agoda.com ,bayar dekat hotel masa check in 🙂 (Boleh jimat banyak sangat untuk hotel ni, check je dekat Agoda.com , boleh dapat hotel/guest house serendah 40USD/night!!) 
5. 210USD – 2pax, Activities untuk 3 hari inc. lunch 2 hari.
6. 18USD – Souvenir (Boleh jimat lagi tang ni okay!)
7. 75USD – Lonuveli Hotel, Hulhumale (Deluxe room) for 1 night .
8. 15USD – makan dan minum di Hulhumale

TOTAL: 913USD (RM3542.44) – ikut currency on April 2018 and Flight tix tak included. 

PERINGATAN SEKALI LAGI, KORANG BOLEH CUT COST BANYAK DEKAT HOTEL. IKUT BAJET MASING2 sebab serius banyak hotel/guest house murah dekat Madives ni don’t worry check je dekat Agoda.com
Dekat mana yang korang boleh cut cost? (our suggestions :))
1. Naik ferry je so 8USD only untuk 2 orang.
2. Tukar duit ke MVR hanya 30USD je.
3. For hotel, let’s say 50USD/night, so total 4 nights hanya 200USD je!!!
4. Souvenir tak payah beli pon takpe kot sebab orang pon faham travel bajet camne :p (ini bak kata MY FRIENDS yang sangat memahami dengan isu ekonomi kita sekarang hukhuk)

Korang dah boleh jimat kira-kira 420USD (~RM1680) dah kalau nak compared to our expenses tu hehe! So bila kira-kira semula, memang logik untuk honeymoon/holiday dengan RM2000/2pax Untuk 5 Hari 4 Malam di MALDIVES!!!

Setakat itu sahaja lah perjalanan honeymoon kami di Maldives. Satu pengalaman yang menyeronokkan, lagi-lagi bila pergi bersama husband yang tersayang :p Kalau orang tanya nak repeat lagi tak trip ke Maldives ni? Of course la nak! Tapi mungkin lepas ni nak try pergi ke private island pulak, yang resort atas air macam Hanis Zalikha or yang dalam air macam Neelofa pergi tu (berangan), inshaAllah. Doakan la kami dimurahkan rezeki, Aminn. 

Okay that’s all. If ada any soalan regarding to this post, please email me at syaalazhar75@gmail.com.

Bye!

Please follow and like us:
error

2 Comments

  • Tony

    Good Morning!

    Recently, I had to spend an agonising 3 months of my life in planning my honeymoon break! Following my ordeal, I have put together a guide on how to save money on a honeymoon (all based on my experience and independent research). I would like to contribute this guide to your blog to enlighten your readers a little.

    I have saved the article inside my google drive:

    https://drive.google.com/drive/folders/1MaP0vGIlPYim_EwMSKaGDJJca4eQH5-J?usp=sharing

    I am very sorry but I did not have the time to find many images (I included a couple only) so I would be grateful if you could add some of your own.

    It would be fab if you could ping me the url of the published post as I would like to show off a little in front of my Facebook friends!

    Have a great day!

    Cheers!
    Tony

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *