BEAUTY,  RANDOM POSTS,  SKINCARE,  TIPS

CARA MENCERAHKAN KULIT KUSAM

First thing first before nak proceed, don’t get confuse antara mencerahkan dengan memutihkan. They’re two different things. Mencerahkan means, kita nak brighten up and buat kulit muka kita jadi macam radiant and glowing gitu. Dulu pon I usually get confuse between these two terms, so don’t worry, kita belajar sama-sama okay?

Macam mana nak tau kulit kusam ke tak?

Kulit kusam ni biasanya if siapa yang ada kulit kering akan faham la sebab selalunya bila ada dry patches everywhere, kulit kering kontang or ada pigmentation memang muka automatically jadi kusam and tak glow.

Apa penyebab kulit kusam?

Antara penyebab utama kulit muka kita kusam:-

  • TAK PAKAI SUNSCREEN yang akan menyebabkan pigmentation, burn etc. (Read about sunscreen here)
  • Tak pakai moisturizer or tak hydrate your face enough. So bila tak pakai, memang muka tak hydrate la jawabnya 🙁
  • Kulit banyak dead cells. We shed milions of skin cells per day, so if kita tak remove kulit mati ni, tu yang buat muka jadi kusam, kelam dan nampak tak bermaya.
  • Stress. Ini pon boleh jadi antara penyebab jugak.
    “Stress causes an increase in cortisol, which can affect blood flow to the skin and skin repair,” says Dr. Luftman
  • Tak cukup tidur. Actually masa tidur la berlaku segala process pembaikan sel-sel kulit kita. So bila tak cukup tidur, terbantutlah segala proses tu.
  • Tak jaga pemakanan dengan betul (not eating a healthy food). Everything yang kita makan akan effect segala macam benda yang berkaitan tubuh badan kita termasuklah kulit muka jugak. Ingat, You are what you eat!

Antara tips untuk mencerahkan or brighten up or glow kan kulit muka:-

  • Jangan lupa pakai sunscreen. Benda ni dah selalu sangat cakap, so rasanya tak perlu nak ulang-ulang lagi. Boleh baca dekat sini okay. 🙂
  • Hydrate your skin! After dah cuci muka tu, jangan lupa pakai moisturizer. If I sehari tak pakai moisturizer pon, kulit akan rasa kering sangat and automatically rasa kusam.
  • Exfoliate or scrub your face. Yang ni penting, supaya kulit yang banyak sel-sel mati tu hilang so akan menyebabkan kulit jadi berseri and nampak cerah sikit la. 2-3 times per week dah cukup dah. Jangan scrub kasar sangat, and jangan la kau pergi beriya sental macam sental bontot kuali pulak haha.
  • Jaga pemakanan dengan betul. Makan la banyak fruits macam oren, tomato. Kalau boleh, jangan ambik gula dalam kuantiti yang tinggi cause sweets gonna make you look older :/ One more important things, minum air yang cukup!
  • Cari products yang ada brightening ingredients. Actually banyak je yang ada brightening ingredients ni. Masa beli moisturizer or sheet mask tu, jangan lupa check the ingredients okay!

Skincare ingredients untuk brightening?

  1. Vitamin C
  2. Niacinamide
  3. Kojic Acid
  4. Alpha Arbutin
  5. Fermented rice
  6. Galactomyces
  7. Licorice extract
  8. Pearl extract
  9. Citrus extract

If tak berjaya jugak dengan tips-tips ni, banyak kan bersabar. good thing takes time 🙂

If nak instant glow or bright, makeup la bagi nampak glowing :’) Tapi jangan pakai makeup yang buat muka bertambah kusam pulak. Pakai la any Dewy foundation, dewy setting spray, highlighter, etc untuk bagi muka nampak instant glowing gitu ✨

Disclaimer: I am not an expert dalam bidang ni pon. Semua ni sharing hasil pembacaan from trusted resources. Hope it helps!

With love,
Sya 💋

Please follow and like us:
error

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *