cara jadi guru ganti
RANDOM POSTS,  TIPS

CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH

Baru-baru ni I jadi guru ganti dekat sekolah rendah area Kajang. So hari ni I akan cerita cara jadi guru ganti di sekolah (and also some of my experiences sekali la hehe). Tak kisah la sekolah rendah ke menengah ke sama je procedure nya. Let’s get started 🙂

CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH

1. Sebelum apply dekat any Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berdekatan dengan you, make sure you dah ada target sekolah mana yang you nak. Lagi senang kalau you ada kenalan dekat sekolah tu, sebab tau bila ada kekosongan. If not, tunggu la sampai PPD call. Berjanggut jugak la nak tunggu. Jadi the best way is, you sendiri pergi tanya dekat sekolah area tempat you or email ke untuk tanya ada kekosongan or tak, lagi cepat dapat.

In my case, my mom is a teacher dekat SK Kajang. My mom dapat info ada cikgu nak ambil maternity leaves for 3 months dekat SK Seri Sekamat. So I terus pergi sekolah tu and bawa dokumen yang berkaitan (refer to point number 4). Sampai je dekat SKSS tu, dia kata dah ada orang apply, I felt a little bit disappointed tapi fikir tak apa lah, maybe bukan rezeki. Sekali kakak kerani tu bagi tau, ada sekolah lain yang kosong which is SKLA, the one yang I jadi cikgu ganti tu hehe. I terus pergi sekolah tu, and memang kerani dekat situ cakap memang urgent and memang confirm terus dapat 😋

2. Bila kerani situ dah memang cakap confirm, so lagi senang la kerja you sebenarnya. Sebab nanti Guru Besar akan bagi terus surat sokongan untuk kita bawa ke PPD.

Macam I haritu, kerani tu suruh datang semula untuk interview ringkas dengan Guru Besar. Then Guru Besar tanya soalan like:-

  • Pernah mengajar tak before ni?
  • Sekarang tengah buat apa?
  • Boleh tak ajar subject …… ni?
  • Agak-agak nya boleh handle student tak?

Masa iv tu you jawab je lah dengan confident walaupun tak berapa nak confident haha. Then pihak sekolah akan bagi dokumen-dokumen berkenaan la sebagai surat sokongan yang menyatakan you dah diluluskan oleh Guru Besar untuk jadi cikgu ganti dekat situ. I kena ganti for 3 months sebab cikgu tu ambil maternity leave 3 bulan so lama la sikit jadi cikgu hehe. Subject yang I kena ajar is English subject, Year 4 for 3 classes! Siap jadi guru kelas sekali 😅

CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH
Tak suka jadual hari Selasa :’)

3. Next step, interview dengan pegawai from PPD. Actually tak ada la formal sangat pon, borak-borak macamtu je 🙂 Soalan lebih kurang macam yang Guru Besar tu tanya jugak. Then pegawai tu suruh tanya ada apa-apa soalan tak. I pon apa lagi, mesti la tanya about gaji! haha.

So kalau gaji ni dia ikut kelulusan akademik you and bayaran ikut hari. If cuti sekolah, so tak ada bayaran lah ye 🙂 Gaji untuk SPM, RM50/day, diploma RM72/day and degree RM100/day. Okay sangat la gaji dia untuk kerja half day. Siapa nak bagi kan?

Tapi yang pasal gaji ni, kadang-kadang tak menentu jugak. Ikut PPD masin-masing. Ada kes yang eventhough you degree, dia bagi gaji ikut diploma dengan alasan PPD tak ada bajet 😪 It ain’t fair right? Tapi itu la, orang picisan macam kita ni kena sentiasa terima alasan-alasan cliche macamtu.

4. Bring these documents along masa nak mohon jawatan ni dekat sekolah or dekat PPD (original and hard copy):-

  • Your updated resume
  • Surat beranak
  • IC
  • Sijil SPM
  • Sijil Diploma/Degree
  • Sijil-sijil dokumen yang rasa berkaitan
  • Gambar passport (dalam 2 keping)

Itu je lah procedure yang penting or cara jadi guru ganti ni. Nanti bila dah jadi guru ganti, you kena sediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hari-hari. Mula-mula rasa macam leceh, bila dah lama tu rasa okay je, senang je nak buat semua tu. Fortunately, my mom is an English teacher so contoh RPH memang dah sedia ada. Tinggal edit some part je hehe.

CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH
My RPH. I rajin nak tulis, kalau nak print tampal pon boleh je.

Kalau jadi English teacher, you need to speak in English in class. Tapi in my case, masa first class memang cakap English je tapi budak-budak ni semua blur, tak faham langsung. So they request to cakap rojak haha. Takpe la, rojak pon rojak la asalkan faham 😅

Sepanjang mengajar, dua kali diorang exam; Monthly test bulan 3 tu dengan Mid-Term Examination bulan 5. Masa exam la paling best sebab tak payah mengajar (read: TAK PAYAH MENJERIT-JERIT DALAM KELAS!) Tapi lepastu masak la nak kena tanda exam paper 3 kelas nokkkk haha.

CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH
Waktu exam la waktu paling senyap. Kalau tak masing-masing nak bercakap 😂 
section C from one of my student
Ayat boleh tahan jugak, tapi tulisan…..🤦‍♀️ 
CARA JADI GURU GANTI DI SEKOLAH
section C english

So kalau waktu free, means masa tak ada kelas, you boleh la duduk dekat bilik guru, tanda buku ke, tulis RPH ke UNLESS you dapat jadual for relief cikgu yang tak datang. Kadang-kadang malas je rasa, tapi mengenangkan tanggungjawab, ku gagah kan jua.

jadual ganti relief kelas
Kalau cikgu lain, diorang update dalam Telegram je. Cikgu ganti dia bagi hard copy macamni.

I jadi cikgu from end of February till end or May so within hari guru la. I got sooooooooooooooo many presents from my students. Tak sangka akan dapat hadiah banyak. Cikgu-cikgu lain pon terkejut banyak sangat haha.

Ada lagi yang tak pegang ni, sampai tak cukup tangan :’) (Muka cover sebab tudung tak memberi kerjasama yang baik masa ni haha)
One of my favourite. Siap ada nama lagi okay!!

So itu lah sedikit sebanyak pegalaman I masa jadi guru ganti. Bukan senang tau sebenarnya jadi guru ganti ni, penat sangat lagi-lagi masa puasa haritu. Pernah jugak rasa nak mengamuk sebab budak-budak ni tak nak dengar cakap. Tapi apa sangat la yang diorang tau, nama pon budak-budak. So memang kena banyak bersabar :’D

I think that’s all. Harap I dapat membantu for those yang memang tengah cari cara jadi guru ganti ni hehe.

Thanks for reading! TTYL. Leave me your comments or any inquiries on the comment section below. I’ll reply A.S.A.P. Thank you!

With Love, 
Sya ðŸ’‹

Please follow and like us:
error

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *